Tuesday, November 8, 2011

Perdana Menteri Malaysia yang baru

Apa akan jadi kalau aku yang jadi Perdana Menteri Malaysia yang baru ? Dan apa yang aku akan buat kalau aku jadi Perdana Menteri Malaysia yang baru ?


Aku akan pastikan pakaian Polis Diraja Malaysia memakai uniform colour yang berwarna warni supaya nampak lebih ceria . Heyy come on guys ! Polis baju colour hitam macamtu orang tengok takut sebab tu bila nampak polis semua lari even tak buat salah . Sebab tu aku nak polis pakai baju colourful supaya nampak lebih friendly .

Tiada lagi kemiskinan diMalaysia . Aku akan agih kan satu rumah rm1000 sbulan untuk mereka yang tidak berkemampuan supaya kemiskinan dapat dibendung dan tiada lagi siaran BERSAMAMU untuk memaparkan  tentang orang orang miskin . Rumah setinggan akan aku ganti dengan rumah teres 2tingkat brsama air conditioner dan yang paling penting setiap rumah dipasang wifi yang laju (download movie kejap jea)

Bagi mat mat rempit ,Perdana menteri Malaysia kamu yang baru nie . Tak akan menghalang minat korang semua dalam aktiviti perlumbaan motor . Aku akan membina satu Highway lurus yang panjang dari karak sampai ke jalan kucing bagi memudahkan korang semua berlumba dan diberikan lagi sorang satu Gadis Bapok litar untuk payung kan korang ketika hendak berlumba . Disepanjang jalan akan disediakan pondok2 kecil dan klinik2 kesihatan sebelum berlumba korang perlu menandatangan perjanjian hidup mati dahulu .

Senapang dan pistol yang diguna oleh Polis askar guard bank dan lain lain akan ditukar colour nya juga kepada warna pink . Baru jambu abang abang polis semua . Baju dah colourful , pistol pun kena colourful :)

Sistem pemerintahan aku pula lebih kepada sistem pemerintahan yang bersifat kemelayuan . Ahli2 parlimen ADUN YB AJK KG semua nya berpakaian seperti pembesar pembesar istana dulu dulu . Dengan tanjak bagai , ada keris kat pinggang (senang buat korek telinga)

Tiada lagi berlaku nya jenayah kerana aku akan pastikan semua rakyat Malaysia dari kecil hingga ke tua akan belajar APA ITU SIVIK DAN KEMASYARAKATAN .

*Tiada perdana menteri yang lebih baik dari Perdana Menteri Nik Helmie Hisyam . Long Live President !

No comments:

Post a Comment